Kolej Komuniti Tapah

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • red color
  • green color
Home Dasar Privasi & Keselamatan
Dasar Privasi & Keselamatan PDF Cetak
Ditulis oleh AhMaD jOhN   
Isnin, 11 Julai 2011 09:29

Dasar Privasi dan Keselamatan Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Tapah

 


 

Tujuan Dasar

Dasar ini menetapkan garis panduan penggunaan perkhidmatan Laman Web oleh warga Kolej Komuniti Tapah (KKTAPAH). Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna Laman Web yang beretika di kalangan warga KKTAPAH.



Skop Dasar

Penggunaan Laman Web Rasmi bagi semua pengguna Laman Web Rasmi KKTAPAH.



Dasar Privasi Laman Web Rasmi KKTAPAH

Menggunakan Alamat ' Internet Protocol ' (IP Address) pengguna pengunjung Laman Web Rasmi KKTAPAH untuk membantu menganalisa masalah-masalah Laman Web Rasmi KKTAPAH, dan menguruskan Laman Web Rasmi KKTAPAH .

Capaian terhadap isi kandungan Laman Web adalah mengikut aras capaian yang telah ditentukan oleh pihak pentadbir Laman Web Rasmi KKTAPAH.


Pengguna Laman Web Rasmi KKTAPAH boleh memilih samada menggunakan kaedah ' Session ' atau ' Cookies ' semasa log masuk. Pengguna bersetuju bahawa maklumat-maklumat profil dan capaian ke Laman Web Rasmi KKTAPAH akan disimpan ke dalam Cookiessebagai rujukan setelah melayari Laman Web Rasmi KKTAPAH. Maklumat pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan Cookies

 

*Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda. Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain.

Pihak Laman Web Rasmi KKTAPAH berhak menggunakan apa jua maklumat peribadi pengguna yang terdapat dalam Laman Web Rasmi KKTAPAH dengan kebenaran pihak pengurusan KKTAPAH.

Pihak Laman Web Rasmi KKTAPAH tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan laman web lain bagi pautan yang terdapat dalam Laman Web Rasmi KKTAPAH. Laman Web Rasmi KKTAPAH ini mempunyai pautan-pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web Rasmi KKTAPAH ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Sebarang media yang dimuat naik oleh pengguna Laman Web Rasmi KKTAPAH bukan menjadi tanggungjawab pihak Laman Web Rasmi KKTAPAH dan akan dianggap sebagai bahan awam tanpa hakmilik. Oleh itu, pihak  Laman Web Rasmi KKTAPAH bebas untuk menggunakan media tersebut dengan apa cara sekalipun.

Pengguna Laman Web Rasmi KKTAPAH dilarang menghantar sebarang maklumat atau data yang tidak sah, bersifat memalukan, mengugut, memfitnah atau memburuk-burukkan, mendera, mencederakan, menggunakan perkataan kesat, mengandungi bahan berunsur lucah, atau lain-lain bahan yang boleh mengakibatkan perlanggaran undang-undang awam atau undang-undang jenayah.

Pengguna Laman Web Rasmi KKTAPAH bersetuju bahawa Pihak Laman Web Rasmi KKTAPAH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan kerugian yang timbul dari apa-apa keputusan yang dibuat oleh pengguna berdasarkan maklumat yang terkandung dalamLaman Web Rasmi KKTAPAH setelah melayari Laman Web Rasmi KKTAPAH ini.

Sebarang bahan dan maklumat yang diterbit dan diuruseliakan oleh Pihak Laman Web Rasmi KKTAPAH akan menjadi hakcipta PihakLaman Web Rasmi KKTAPAH.

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.


Dasar Keselamatan Laman Web Rasmi KKTAPAH

Perlindungan Data


Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan


Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

Kali terakhir dikemaskini Sabtu, 17 Mac 2012 12:54
 

Suapan RSS

Log Masuk

Dalam Talian

Kami ada 4 tetamu online

Lawatan Unik

42883
Hari IniHari Ini53
SemalamSemalam81
Minggu IniMinggu Ini268
Bulan IniBulan Ini1323
Setiap HariSetiap Hari42883

Undian Ahli

Tahukah Anda Mengenai Kewujudan Kolej Komuniti Tapah?
 

IKUTI KAMI DI

find_us_on_facebook

twitter_button

https://twitter.com/share" class="twitter-share-button" data-url="http://www.kktapah.edu.my" data-via="KKTapah" data-lang="msa" data-related="KKTapah">Tweet
<script>!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0];if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src="//platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");</scrip

Single Sign On

mysso1
Masa Capaian 0.69 Saat

 Laman Web Rasmi KKTapah