| Pengenalan Program SMK |
|
|
| Ditulis oleh AhMaD jOhN |
| Khamis, 14 Julai 2011 09:18 |
|
Program latihan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN adalah program latihan kemahiran jangkapendek (3-6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar. Setiap SIJIL MODULAR KEBANGSAAN adalah set kemahiran minima di dalam sesuatu skop kerja. SIJIL MODULAR KEBANGSAAN telah direkacipta dan dibangunkan bagi membolehkan peserta mendapatkan kemahiran untuk memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat.
Ia berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. Setiap SIJIL MODULAR KEBANGSAAN membawa sejumlah mata kredit yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Peserta boleh mengikuti program mana-mana SIJIL MODULAR KEBANGSAAN yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan mereka - dan apabila beberapa SIJIL MODULAR KEBANGSAAN telah diperolehi, maka peserta layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.
Program latihan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN dilaksanakan dengan pelbagai kaedah samada sepenuh masa, separuh masa ataupun kaedah perantisan dengan kerjasama industri-industri untuk tujuan peningkatan kemahiran pekerja-pekerja industri.
Pendekatan latihan secara Pembelajaran-Berasaskan-Tindakan memberi fokus kepada pelbagai jenis pelajar (Learner Types) sesuai dengan sasaran Kolej Komuniti. Dengan pendekatan ini, aksi-aksi dan proses-proses di dalam dunia pekerjaan akan disimulasikan di dalam dunia pembelajaran (Kolej Komuniti). Peserta akan melakukan kerja sebenar di dalam kumpulan dan proses refleksi akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar bagi tujuan pembelajaran. Selain daripada dianugerahkan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN setelah tamat program latihan, peserta juga boleh memilih untuk mendapatkan persijilan lain.
Konsep Kurikulum Kemahiran Bermodular Separuh Masa pula adalah seperti berikut:-
|
| Kali terakhir dikemaskini Khamis, 22 Mac 2012 14:21 |
![]() | Hari Ini | 39 |
![]() | Semalam | 81 |
![]() | Minggu Ini | 254 |
![]() | Bulan Ini | 1309 |
![]() | Setiap Hari | 42869 |