Soalan Lazim
S1. Adakah Kolej Komuniti sebuah IPT Swasta?
-
J1. Bukan! Kolej Komuniti adalah sebuah IPT Awam
- S2. Apakah kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti?
J2. Kolej Komuniti menawarkan 2 jenis kursus:
1. Kursus Jangka Pendek
2. Sijil Modular Kebangsaan
- S3. Adakah Apakah perbezaan di antara Sijil Kolej Komuniti dan Sijil Modular Kebangsaan (SMK)?
-
J3. Sijil Kolej Komuniti adalah sijil yang memenuhi standard JPA/ MQA. Pelajar perlu 'terampil' (lulus) semua SMK berkaitan dan mempunyai sijil SPM untuk dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.Sijil Modular Kebangsaan (SMK) pula adalah sijil yang dianugerahkan bagi pengajian kursus kemahiran bermodular (3-6 bulan). SMK dianugerahkan sebagai bukti kemahiran pelajar dalam sesuatu bidang kemahiran yang diambil.
- S4. Adakah Sijil Kolej Komuniti diiktiraf?
-
J4. Ya! Sijil Kolej Komuniti diiktiraf oleh JPA/ MQA
Sijil Kolej Komuniti yang bakal dianugerahkan kepada lulusan Sijil Modular Kebangsaan pula sedang dalam proses pengiktirafan.
Sijil Modular Kebangsaan pula adalah sijil pengesahan kemahiran (terampil) sahaja.
- S5. Berapa lama tempoh pengajian di Kolej Komuniti?
-
J5. Tiada tempoh maksimum pengajian di Kolej Komuniti. Tempoh pengajian Kursus Modular (SMK) adalah diantara 3-6 bulan (bergantung kepada jenis SMK). Oleh itu tempoh minimum untuk memperoleh Sijil Kolej Komuniti pula adalah 2 tahun.
- S6. Berapakah yuran yang dikenakan?
-
J6. Yuran RM10/ bulan dikenakan bagi setiap tempoh pengajian SMK
- S7. Adakah penginapan pelajar disediakan?
-
J7. Tidak! Walaubagai manapun, pihak kolej boleh mambantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan
- S8. Bagaimana pengajian di Kolej Komuniti dijalankan?
-
J8. Pengajian dijalankan dalam bentuk teori dan latihan praktikal.
- S9. Apa peluang kerja lulusan Kolej Komuniti?
-
J9. Lulusan Kolej Komuniti boleh bekerja di sektor Awam* (kerajaan), swasta, atau bekerja sendiri (usahawan) selepas tamat pengajian
* Bagi pemegang Sijil Kolej Komuniti sahaja. Lulusan Sijil Modular tidak layak memohon kerja di sektor awam.