PROGRAM |
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) |
OBJEKTIF |
Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM4,849.00 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah. |
GOLONGAN SASARAN |
Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM4,849.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah. |
PERINGKAT PENGAJIAN |
Sijil |
TEMPAT PENGAJIAN |
Kolej Komuniti |
JUMLAH BANTUAN |
Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk tiga (3) semester sahaja. (Mulai sesi 1 2021/2022)
Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester. |
SYARAT |
|
Pemohon hendaklah warganegara Malaysia; |
|
|
|
BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil); |
|
|
|
Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM4,849.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah; |
|
|
|
Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin); |
|
|
|
Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan |
|
|
|
Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program. |
|
KAEDAH PERMOHONAN |
PERHATIAN:
Tatacara permohonan ini hanya bagi pelajar baharu Kolej Komuniti Tapah sahaja.
Tatacara permohonan : |
|
Muat turun borang permohonan.
|
|
Isi dengan lengkap dan tepat maklumat pada borang permohonan. |
|
|
|
Lampirkan dokumen/ salinan dokumen berikut :
- Salinan kad pengenalan pelajar
- Salinan kad pengenalan bapa/ibu/penjaga
- Slip gaji ibu/bapa penjaga
atau
borang pengesahan pendapatan JPKK
(jika bekerja sendiri)
* Semua dokumen perlu disahkan.
|
|
|
|
Hantar borang permohonan dan dokumen-dokumen tersebut kepada Pegawai Biasiswa Kolej Komuniti Tapah semasa hari pendaftaran. |
|
|
|
|
|